Sunday, March 18, 2012

SAHABAT DAN KEHIDUPAN BARUKU...

alhamdulilah,aq diberi rezeki untuk meneruskan kehidupan yang sudah mencecah 18tahun....pada saat inilah aq mula mengenali dunia luar.... aq menimba pengalaman selepas tamat SPM.... aq mula sedar,banyak lagi ilmu dan cabaran lain yang belum ku ketahui.... aq mula terlihat apa yang akan berlaku pada masa hadapan jika aq tidak berusaha memberi kejayaan buat diriku....

BISMILLAH HIRAHMA NIRRAHIM

pada 10.12.2011 aq mula bekerja di PETRONAS... bekerja sebagai seorang casher,mmg rumit pekerjaan nie lagi2 bila dibuat setiap hari... mengira duit berbelas ribu dan mananggung risiko yang tinggi jika duit yang aq pegang terkurang.... bertahan hanya dua bulan kerana aq tertekan dgn 'short2' yang makin hari makin banyak....aq tahu gajiku akan bertambah kurang jika aq meneruskan perkerjaan ini....

2 MINGGU....aq bagai hilang arah,tiada pekerjaan tiada duit....aq mula mencari pekerjaan baru,aq mmg nekad mahu bekerja sebelum keputusan SPM keluar.... aq pegang pada jnji mak cik ku,jika aq mendapat keputusan cemerlang aq akan dibawa ke KOTA CINTA...PARIS...

pada 10.2.2012....aq mendapat rezeki,aq ditawarkan kan bekerja di MCDONALD.... kata org bekerja dikedai makan teramatlah penat.... hari pertama aq bekerja,tidak la sepenat yang disangka jika diri kita diiringi semangat dan matlamat.... pengalaman bekerja di sini amat menyeronokkan...kita bekerja sambil gelak ketawa,kami bagai sebuah keluarga.... tapi paling best bila break time,dapat makan free hari2....huhu....niat hati ku bila bekerja di sini memang mahu mengumpul duit,tapi kata orang "ada hikmah sebalik apa yang berlaku".....aq di suruh berhenti oleh ibu atas sebab2 tertentu.... rasa terkilan pada waktu tu,aq bagai hilang arah....niat yang dipegang dihalang....biasa la orang tau,makan garam dahulu dari kita.... terlalu berpikir jauh buat anak2 lagi2 anak perempuan....